Tuesday, December 22, 2009

++Tolong member++


HALLO.. nak tau x, hari ni, aqu tolong member aku kat kebun diorang. Aqu tolong halau binatang, tabur baja, rasa seronok plak, walaupun berkebun di alam maya. serious ni, rasa seronok pulak. Lepas tolong diorang, kita dapat coins n kita boleh gunakan coins tu untuk expand kte nyer kebun. Hmm, aqu maen benda ni lam Hi5, Facebook, n Myspace. Korang mesti cube tau, game Farmville, Buddyfarm, best sesangat. Korang tau x, abang aqu, bukak Facebook dia, men benda niii...je. Yelah, benda laen pon maen gak en, tapi dia mesti bukak Farmville. Sampaikan aqu sekarang ni, da macam addicted kat game ni. Aduyai, paroks...


Petang tadie n, aqu n parents g kat Taman Tengku Anis, basically people jogging kat sana, tapi aqu x. Aqu n my sis just jejalan jer kat sana, cuci mata, ahakz...Jangan pikir bebukan ea...sensored la korang ni..haha..


Tau x, petang tadi jumpa sape, adik member lama aqu, tapi sekarang ni dia da pindah. Nama dia Alin. Dia member masa kat kem dulu. Dia pindah kat n.9 skng ni. Tapi aqu x jumpa dia, aqu jumpa adik dia, aqu ingatkan, dia Pakis, upanya Chik. Semat la jugak. Dia gtau aqu, Alin da kawen, skng ni dia duk kat Kubang Kerian, da ada anak pun, sowang. Tekezut aqu, upenyer, ramai dah member2 aqu yang da kawen, aqu je belom. Tu la, memilih sangat. Padan ngan muk aqu, hoho...


Pastu, otw balik, aqu beli kfc...

Sunday, December 20, 2009

++Buah-buahan personaliti++


Manusia dinilai dari pelbagai aspek. Dari segi percakapan, lenggok berjalan, lirikan mata juga cara berjabat tangan. Tapi, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dengan korang semua, iaitu buah-buahan juga menggambarkan personaliti korang. Kalau korang tak caye, korang cube tanya diri dulu, korang suka buah apa, then, bandingkan ngan personaliti korang. Have fun.....

1. BUAH EPAL seseorang yang kuat semangat, rajin berusaha, dan bertanggungjawab. no matter apa pun, korang pasti buat task korang ngan baik. senang cakap, the best la. Korang gak, tak mudah give up dalam apa yang korang started. Kegagalan banyak mengajar korang segalanya, dan membuatkan korang sentiasa mahukan something yang new dalam hidup korang.

2. STRAWBERI
jenis yang happy n funky. Enjoy ur life ngan penuh gembita n bermakna. Tak ska sedih walaupun ada masalah. Always appreciate people around u. sentiasa membantu member2 you all yang perlukan bantuan. Korang ni, suka wat lawak jugak.
3. ANGGUR
agresif, aktif n tegas. hmm.. Pada pandangan orang lain, u memang nampak kasar, tapi i tau, u ni baik hati en. Korang jugak suka pendamkan masalah korang. Tak suka kongsi ngan orang lain.
4. TEMBIKAI
Aktif dan mempunyai perwatakan yang unik, yang membuatkan ramai tertarik pada korang. wau....Optimistik dalam melakukan pekerjaan dan menyelesaikan masalah. Korang jugak berani berhadapan ngan masalah. Yang paling best, tak pernah putus asa dan tak takut pada kegagalan. Hmm, habis baca ni, cuba korang comment, buah apa yang korang suka makan n betul tak ngan personaliti yang i bagi tau...

++Kewujudan Hantu++


Hi, anda percaya tak akan kewujudan hantu?? Hmm, ramai yang ragu-ragu akan kewujudannya, namun, ada juga yang percaya akannya. Pernahkah anda terfikir, dari mana datangnya hantu ini? Dan kenapa kebanyakan hantu yang dijumpa, terjumpa, terlihat mahupun terdengar ialah berjantina perempuan. pernahkah anda terfikir mengenainya, ? Yelah, mana-mana cerita yang kita dengar, sama ada dari orang-orang tua mahupun di wayang, kebanyakan hantu yang ditonjolkan adalah perempuan. Hmm, kenapa bukan lelaki, ya. cCntohnya, pontianak. Mereka terkenal dengan kecantikan yang mereka miliki, dan suara mengilai dan menangis yang menakutkan dan mengerikan cuping telinga anda. hihihi...hahaha...Serta kuku dan cengkamannya yang tajam, adakah benda ini betul, seperti yang digambarkan di dalam televisyen di rumah anda sendiri. itu, cerita hantu di sekitar Malaysia. Cuba bandingkan dengan hantu di negeri barat. Hantu mereka biasanya cantik, tapi tidak berkepala. hantu mereka juga boleh bertukar warna mata kepada warna hitam penuh. hmm, tak tahulah saya...